Profesional.
Berpengalaman.
Komited dalam memberikan yang terbaik.

Di RP Group, kami memacu pertumbuhan strategik dan kejayaan perniagaan melalui perkhidmatan perundingan yang dirumus khusus mengikut keperluan perniagaan anda.
Kami komited untuk menawarkan pandangan bernas dan penyelesaian menyeluruh melalui kepakaran profesional kami.
RP Group adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan khas untuk melatih usahawan dalam bidang perniagaan dan dibangunkan khas untuk membantu usahawan industri mikro dan kecil, bagi memastikan perniagaan mereka mempunyai asas yang kukuh dalam bidang perniagaan.
Dengan adanya asas perniagaan yang kukuh, usahawan akan memahami keperluan yang paling utama dalam usaha untuk membangunkan perniagaan mereka. Ini bermakna, bersama RP Group semua usahawan akan disedarkan tentang asas perniagaan yang paling penting iaitu pemasaran, operasi, kewangan dan pentadbiran. Daripada empat asas inilah, RP Group memberi kesedaran bahawa, sesebuah syarikat yang lengkap perlu mempunyai asas yang kukuh.